Sunday, March 11, 2012

Kesihatan Kaki Dan Anda

Kita banyak menggunakan nikmat berjalan, berjalan kesana kesini dan kadang-kadang kita terlalu lebih menggunakannya. Adakah anda peka dengan kesihatan kaki?? Adakah anda pernah mengalami semua ini??


1. Kaki sejuk



Jika ibu jari kaki anda sering berasa sejuk ia mungkin disebabkan oleh kurang pengaliran darah, masalah pengaliran darah biasanya berkait dengan tekanan darah tinggi, penyakit jantung. Selain itu, ia juga berkait dengan kerosakan saraf halus akibat diabetes atau ia juga boleh disebabkan anemia. Cuba dapatkan pemeriksaan daripada doktor tentang masalah ini atau anda hanyalah menghadapi kaki sejuk sahaja.

2. Sakit Tapak Kaki



Apabila kaki anda berasa sakit sepanjang hari, anda menyalahkan kasut anda. Tapi mungkin rasa sakit tersebut bukanlah disebabkan oleh kasut tumit tinggi tapi mungkin disebabkan tekanan terhadap keretakan tulang kecil. Keretakan yang mungkin berpunca dari senaman yang berat pada kaki terutamanya sukan seperti bola keranjang yang memberi impak berpanjangan pada kaki.


3. Merah, putih dan ibu jari kaku kelihatan biru



Penyakit Raynaud's boleh menyebabkan ibu jari kaku mejadi warna putih, kemudian biru dan merah dan kemudian menjadi warna asal. Ini mungkin disebabkan oleh pengecutan saluran darah arteri, Vasospasms. Tekanan atau perubahan suhu boleh menyebabkan vasospasms dimana ia tidaklah melibatkan masalah kesihatan. Walaubagaimananpun, Raunauds juga boleh dikaitkan dengan rheumatoid arthritis, penyakit Sjögren’s, atau masalah tairoid.


4. Kesakitan pada tumit.


sakit pada tumit biasanya disebabkan oleh 'plantar fasciitis ', iaitu inflamasi pada ligamen panjang yang menhubungkan tulang tumit. Anda mungkin berasa sakit apabila bangun dari tidur atau memberi tekanan pada kaki. Arthritis, senaman yang berlebihan dan kasut yang tidak sesuai biasanya boleh membawa kepada masalah ini. Selain itu , ia juga boleh disebabkan oleh 'bone spur' pada bahagian tumit, jangkitan dan keretakan tulang pada tumit.


5. Menyeret kaki.



Kadang kala, cara berjalan anda merupakan punca masalah yang anda hadapi, berjalan mnyeret kaki. IA mungkin boleh menyebabkan hilang deria rasa pada kaki anda disebabkan oleh kerosakan saraf periferal. Dianggarkan 30% masalah ini juga boleh disebabkan oleh diabetes. Kerosakan saraf juga boleh disebabkan jangkitan, kekurangan vitamin, alkohol dan banyak lagi.


6. ibu jari kaki 'Clubbed'

Ia melibatkan perubahan pada bentuk ibu jari kaki dan tangan. Kuku akan menjadi bulat dan kebawah. ia boleh dikatkan dengan penyakit paru-paru, jantung, hati dan saluran pemakanan dan jangkitan. kadang-kadang ia juga boleh diturunkan kepada generasi bawah tanpa melibatkan sebarang penyakit.


7. Kaki Bengkak


Ia mungkin disebabkan oleh berdiri terlalu lama terutamanya jika anda mengandung walaubagaimanapun ia adalah sementara. Tapi kalau ia kekal bengkak ia dikaitkan dengan masalah kesihatan. Kurang pengaliran darah, masalah sistem limfatik, pengumpalan darah. Masalah buah pinggang atau kalenjar tiroid yang kurang aktif juga boleh dikaitkan dengan masalah ini. Sila jumpa Dr.


8. Rasa Panas (burning sensation).

Ia merupakan perkara yang biasa dikalangan pengidap diabetis dimana melibatkan kerosakan saraf periferal. Ia juga boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin B, masalah buah pinggang kronik, kurang pengaliran darah pada kaki atau hypothyroidism.

9. Luka yang tidak sembuh.

Ia adalah amaran kepada penyakit diabetis. Diabetis boleh merosakkan pengaliran darah dan keupayaan unutk sembuh. Jadi luka kecil juga boleh membawa masalah yang agak besar kepada mereka. Selain itu juga, luka tersebut cenderung untuk terkena jangkitan oleh itu mereka mestilah mencuci luka dan keringkan setiap hari. Selain itu juga ,ia juga boleh disebablan oleh ' peripheral artery disease'.

10. Kuku kekuningan.

Kuku anda dapat mengambarkan kesihatan anda. jangkitan fungus menyebabkan kuku menjadi tebal dan kekuningan. Selain itu juga, ia boleh dikaitkan dengan penyakit lain, lymphedema (bengkak yang berkait dengan sistem limfatik), masalah paru-paru, rheumatoid arthritis.


11. Kuku menjadi putih.


kecederaan pada kuku boleh menyebabkan kuku menjadi putih. Jika sebahagian depan kuku menjadi putih (seperti yang ditunjuk diatas) ia mungkin disebabkan oleh kecederaan, jangkitan atau psoriasis. Jika hampir semua bahagian kuku menjadi putih ia mungkin menunjukkan masalah kedihatan yang lebih serius iaitu masalah hati, 'congestive heart failure' atau diabetis.


12. Jaluran pada kuku.

Jaluran pada permukaan kuku disebabkan gangguan pertumbuhan kuku pada pangkal kuku, ia adalah biasa bagi mereka yang menghidapi psoriasis



--Sedikit Masalah yang melibatkan kaki--


Pic- google

source-internet


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...