Friday, August 26, 2011

Hari Raya


Sempena hari raya semakin dekat ingin ucapkan selamat hari raya aldilfitri, raya tu raya jugak zakat fitrah udoh bayor ke? jangan lupa bayar ye, kalu lupa korang tanggung la sendirik. sekadar bekongsi sedikit kebiasaan orang mesia raya.


Minuman yang paling glamer masa raya ialah sirap dan sarsi, tapi sekrang da up sket ribena atau oren, tapi yang nk jimat sket bagi sirap ja.


Budak sibuk nak mintak duit raya. ingat nak niat sedekah bagi budak-budak, tapi kalu bli mercun ngan duet tu ape jadahnya.


Siaran yang mendapat rating paling tinggi ialah pengumuman tarikh hari raya oleh penyimpan mohor besar diraja-raja. pastu raya duk hadap je program nyanyi tak pun pagi2 bukak orang duk takbir pagi-pagi tapi xde sape tgk, dengar je


lagu raya hanyalah glamer atau popular sepnjang puasa dan akan dilupa dengan serta merta selepas hari raya.


hari raya disalah anggap sebagai hari kemaafan, dimana bulan lain anda bertelagah bergaduh xhengat dunia,



..walauapa pun selamat hari raya, maaf zahir batin, drive safely


pic--copy dari blog orang



Tuesday, August 16, 2011

Mengurangkan berat badan tanpa diet keterlaluan


Sempena bulan ramadan ini, kita berpuasa dan dapat mengawal tabiat pemakanan yang berlebihan. Macamana dengan bulan seterusnya dapatkah kita mengekalkan momentum unutk menolak kepada makanan yang 'high fat'. Oleh itu, marilah makan secara sederhana dan mengurang berat badan tanpa diet yang keterlaluan..


1. Tidur cukup masa.

Tidur pada waktunya dan mencukupi masa dapat mengelakkan anda dari 'snacking' . Anda mungkin dapat menngurang pengambilan kalori sebnayak 6%, keputusan mungkin berbeza mengikut individu. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan selera makan. Pengalaman saya apabila kurang tidur akan meningkatkan selera makan dan mudah lapar.



2. Makan sayur-sayuran

Macam biasa, anda pun tahu iaitu makan sayur. Sediakan tiga hidangan sayur-sayuran berbanding satu hidangan sayur-sayuran mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan. makanan yang lebih pelbagai menyebabkan anda lmakan lebih banyak.


Makan lebih sayur dan buah boleh membantu anda. Ia mempunyai tinggi serat dan banyak air dengan kurang kalori. Sediakan hidangan tanpa lemak tambahan 'added fat' tetapi menambah perasa dengan menggunakan asam limau atau bahan organik berbanding sos yang mempunyai lemak yang tinggi.



3. Mulakan dengan sup.

Sebelum makan makanan yang lain, mulakan dengan sup. Ia mungkin dapat memperlahankan pemakanan anda dan mengurangkan selera. Selain itu anda boleh memasaknya dengan bahan-bahan yang lebih sihat dengan menambah bahan yang menyihatkan, cth sayuran. Walaubagaimana puan elakkan sup yag berkrim keranan mempunyai kandungan lemak yang tinggi.



4. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan.

Gantikan minuman kegemaran anda seperti soda, air bikarbonat dengan air kosong. Tambahkan asam atau madu untuk menambah rasa. Selain itu, kurang kan air kopi, nescafe, tea o ais ect kerana mempunyai kandugan gula yang agak tinggi atau berhenti terus mengambil lebih baik.



5. Makan di rumah.

Makan dirumah sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, mungkin makan malam?. Kita mungkin tidak mempunyai masa kerana ramai yang bekerja. Tetapi dengan memasak kita dapat mengawal bahan yang kita makan dan menambahnya dengan sesuatu yang lebih sihat. Kepada yang tidak tahu memasak. Belajar.



6. 'Chewing gum'

Mamah 'sugarless gum ' dengan perasa yang kuat bila anda berada dalam keadaan yang memungkinkan anda 'snacking'. Biasanya selepas membuat makan makan, tengok TV, melayari internet. Sesetengah dari kita snacking bukan kerana rasa lapar tetapi rasa ingin unutk memamah sesuatu dalam mulut apabila 'boring' dan mengisi masa terluang dan ini mungkin memerangkap anda dalam memakan 'cekedis'.



7. Kecilkan hidangan anda

Bagi yang mungkin tidak tahu masak dan selalu membeli makanan luar, ini mungkin sesuatu yang dapat membantu. semasa mengambil makanan set kan minda unutk makan dengan kuatiti yang sedikit atau mengambil pinggan yang lebih kecik mungkin boleh membantu. Anda juga boleh berkongsi makanan anda dengan orang lain unutk mengecilkan saiz hidangan anda. Selalunya kita cenderung mengambil lebih semasa membeli makanan kerana melihat kepelbagain makanan yang sedap lebih-lebih lagi semasa membeli di Bazar ramadhan.



8. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Sunnah nabi kita tentang pemakanan. Islam lengkap dengan segalanya jika kita mencari dan ingin mengikutnya. Mungkin dalam hidangan kita, kita hanya makan 80% sahaja. Tetapi yang lebihnya mungkin membazir?. kita boleh menyimpan dan memanas kemudian. Atau kita hendaklah tahu keperluan kita, makan sedikit dahulu tidak cukup tambah Tapi jangan sampai kenyang.


9. ' Big fat burger' dan kurangkan daging

Bagi saya, inilah kegemaran saya. Daging kambing dan beger yang berlapis-lapis. Tetapi sekarang sudah kurangkan semua itu. Janganlah elakkan terus makan daging, dari mana anda sumber protein anda? mungkin juga boleh diperoleh dalam sesetengah kekacang atau tumbuhan, tetapi daging sumber yang lebih mudah. Mungkin boleh kurangkan makan daging. Seminggu dua kali mungkin?. Tetapi makanan segera fast food'. Saya sudah tinggalkan, kalu semasa 'study' saya makan seminggu tiga kali, ia tidak sihat dan menggemukkan.



10. Bersenam

Unutk sihat dan mempunyai berat ideal, tidak dapat tidak kita mesti bersenam. Mungkin sesetegah kita tidak mempunyai masa unutk pergi ketaman atau gim. Mungkin kita boleh mecuri sedikit masa dengan mengemas rumah, cabut rumput, bakar daun halaman rumah. Atau mungkin hari minggu boleh pergi ketaman unutk berjalan sambil mengambil angin segar dan meredakan fikiran saban hari bekerja.


Pic--google





Saturday, August 13, 2011

Erti Raya


Raya datang lagi, lebih kurang 2 minggu lagi, macamana persiapan? pengertian raya adalah berbeza pada pandangan setiap individu. Pengertian raya mengikut golongan tersebut..



1.Suami

Hari yang di mana mereka mula resah wang didalam poket semakin kering, kalau ada anak ramai lagi la mentekedarah nak mencari duit. Mengalami tahap kebocoran tahap kritikal



2. Isteri

Hari yang sibuk mereka mencari kain supaya anak-anak, laki kaler sedondon satu keluarga, termasuklah kain langsir, alas meja botol-botol buskut ropol-ropol same kaler



3. Kanak-kanak

Masa ni kanak-kanak sibuk mengepau jiran-jiran, poket depan, belkang tepi, atas dan bawah semua penuh


4. Bangla Kapet dan kain

Masa ni la mereka akan tersenyum lebar kerana semua barang-barang mereka laku dengan jayanya termasuklah jualan ansuran dek mereka yang kemauk nak beraya


pic--google

Adakah tidur anda berkualiti??

Adakah tidur anda berkuliti? adakah setiap hari anda mendapat tidur yang baik? seminggu sekali?selalu?jarang-jarang?kadang-kadang?

Ini mungkin antara penyebabnya..




1. Semasa tidur, tutup semua lampu atau alatan eletrik termasuklah cahaya tidak terang dari handphone, TV, jam digital. Ini kerana cahaya lembut biru mungkin mempunyai 'short wave' yang boleh menganggu tidur anda



2. Jam

Apabila anda tidak dapat tidur pada lewat malam, anda pasti resah melihat jam kerana waktu sudah lambat dan anda akan bimbang berapa jam yang tinggal untuk anda tidur sebelum memulakan hari kerja yang sibuk, terutama hari isnin.

tip--letak jam dalam drawer atau bawah katil atau pusing kebelakang supaya anda tidak melihatnya.



3. Sakit belakang

Sesetengah dari kita mungkin mempunyai sakit belakang, biasanya sakit belkang yang sederhana tidak membangunkan anda dari tidur kita cuma ia akan menganggu anda dari tidur yang lena.

Tip--anda boleh letak bantal bawah antara lutut untuk melegakannya kerana ia bagus untuk 'alignment' pinggul dan tekanan keatas belkang anda



4. Letak leher anda dalam keadaan neutral.

Jika anda bangun pada waktu pagi dengan leher yang kejang dan lenguh, salahkan bantal anda, biasanya bantal yang terlalu lembut menyebabkan leher anda demikian.

Tip--jangan kedekut beli bantal yang mahal sket dan saiz yang bersesuaian dengan anda



5. Bersihkan tilam

Adakah anda selalu bersin, gatal-gatal semasa tidur dan menyebabkan anda selalu terjaga? mungkin anda boleh menyalahkan tilam anda. Ia mungkin dipenuhi dengan kulapuk, atau binatang kecik. tiba masanya unutk anda membersihkannya atau menutupinya dengan 'dust-proof', atau sekurangnya2 menjemurnya. hehe


6. Tentukan Jam biologi anda

Tdur dan bangun pada masa ynag hampir sama setiap hari, termsuklah hujung minggu. rutin ini akan melatih otak dan badan anda untuk mendapat tidur yang sihat


7. kurangkan kafein

Kafein @ kopi pada waktu pagi mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Tetapi apabila malam elakkan makanan yang mungkin mengandungi kafein cth. coklat dan ect



8. Bersenam dan pada waktunya

Senaman yang berpanjangan dapat meningkatkan tahap kualiti tidur anda dan tidak dilakukan dekat dengan waktu tidur anda. Pembakaran tenaga selepas senaman mungkin boleh menyebabkan anda terjaga.

tip--Elakkan senaman pada waktu tengah malam dan cuba hentikannya 3 atau 4 jam sebelum waktu tidur anda



9. Makanan berat.

Elakkan makanan yang berat dan bersaiz besar pada lewat hari. Ia akan membebankan sistem pencernaan anda dan menggangu anda unutk mendapat tidur yang berkualiti. Sesetegangah orang makan awal cth petang



10. Berhenti merokok

Rokok mempunyai nikotine, nikotine adalah bahan perangsang (stimulant), dan meneyebabkan anda tidak dapat tidur, ia seperti kafein

Tip--jika anda dalam proses unutk berjenti merokok, kurangkan bilangan rokok dalam sehari, anda mungkin mendapat tidur yang lebih verkualiti


11.Kurangkan minum pada waktu malam

Kurangkan minum air 2 jam sebelum anda masuk tidur, ia mungkin mengelakkan anda dari terpaksa bangun tengah malam unutk ke tandas, kesejekan tandas mungkin membantutkan proses tidur anda selepas itu.



12.Bunyi persekitaran

Bunyi air yang menitik, anjing menyalak, jiran karaoke mungkin mencuri banyak masa tidur anda, ibu bapa munkin lebih sensitif kepada bunyi berbanding kanak-kanak (baby)

Tip--ear plug, sound je jiran tu hehe


Sumber--google + Web

Pesanan Makcik


Tahun lepas, ada seorang makcik umur dalam 70 tahun, patient aku hari2 datang buat rawatan radioterapi. Lama2 jadi kamcing, pada suatu hari die tanya

"anak ni dah kawen ke"

"belum, makcik nak rekemen sape2 ke"..jawab sambil melawak

"takde la, bukan apa, kalu nak cari isteri, cari elok, kenal betul-betul, sebab perempuan sekarang

bukan cam dulu, perempuan sekarang tak boleh percaya banyak perempuan jahat.

"ooooh"..aku jawab ringkas


Tapi yang seperti kita tahu dari dulu, semua benda tidak baik lelaki yang buat, kaki perempuan, kaki curi, kaki botol, taik judi, kaki ponteng pose, kaki arak, boleh kata semua ah, bukan nak kata semua lelaki jahat, tapi ada ramai lagi yang baik.


Pada suatu masa dulu, tak berani nak cakap perempuan dulu-dulu jahat, mungkin ada sikit, susah nak jumpa,aci kerat jari budak-budak cakap.


Tapi zaman hari ni semuanya berubah, perempuan pun banyak kaki menipu, minum arak, kaki lelaki, dedah sana sini dan banyak lagi.

Walaubagaimana pun perempuan baik untuk lelaki baik,tak payah tunding jari salah siapa, oleh itu untuk aku bertemu perempuan baik. Mesti memperbaiki diri, serahkan kepada Allah.. InsyAllah



pic--google




Thursday, August 4, 2011

Merokok dan penyakit jantung



Seperti yang kita sedia maklum,merokok membahayakan kesihatan, kerajaan telah membelanjakan banyak duit untuk memberi kesedaran pada masyarakat kita bahaya merokok. Tetapi semakin hari bilangan perokok tetap meningkat bukan sahaja dikalangan lelaki malah juga wanita.

kesan merokok adalah berkait rapat dengan masalah pernafasan dan kanser paru-paru. Tapi adakah anda tahu merokok juga boleh membawa kepada penyakit berkaitan jantung?

Risiko seorang perokok unutk menghidapi penyakit berkaitan jantung atau serangan jantung meningkat dengan bilangan rokok yang dihisap setiap hari.


(A) Macammana merokok boleh menyebabkan penyakit berkaitan jantung?

1. Mengurangkan oksigen kepada jantung.

2. meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

3.meningkatkan kadar penggumpalam darah (clotting).

4. Merosakkan sel yang membentuk lapisan dalam artei koronary dan saluran darah yang lain.


(B) Jika anda berhenti merokok anda akan..

1. Memanjangkan hayat hidup anda

2. mengurangkan risiko penyakit ( penyakit jantung, darah tinggi, kanser paru2, ulcer, kanser esofagus, bronkitis dan banyak lagi

3. Rasa lebih cergas, anda tidak akan batuk berpanjangan, mengurangkan kekerapan sakit anak tekak dan meningkatkan stamina anda.

4. Nampak lebih segar, menurangkan kekedutan diwajah, menghilangkan kesan digigi.

5. Meningkatkan deria bau dan rasa

6. Yang paling jelas ialah anda jimat..huhu

Macamana aku tahu?

aku juga pernah menjadi seorang perokok..berhentilah merokok demi orang yang tersayang



Berikut adalah jenis-jenis racun dalam rokok, lu pikir lah sendiri..

sumber--google

Wednesday, August 3, 2011

My first time

My first time aku..

tengok wayang masa matric umo 19, tengok citer "Baik Punya Cilok", yeah till now i like all aflin shauki movie


First time aku..

Main bowling masa final year study, umo 24, 1st time main trus leads keh2, maybe because main ngan orang tangan bengkok haha


First time aku..

karaoke, masa final year study gak, umo 24 tahun, lagu aku nyanyi rahmat siapa dihatimu..meleleh tul lagu ni


First time aku..

Makan KFC, 1st year study, umo 20 tahun..xsangka cani rasanya KFC duk iklan kat TV


First time aku..

Makan MCD, 1st year study, umo 20 tahun..pergh sedap gak, dulu makan benda sihat je, stat study bertambah besar perut haha


First time aku..

Pegang parang, masuk hutan menebas, masa umo 9 tahun, bapak aku pekebun, kn la g tlong, siap ad parang khas tuk aku huhu..


Budak2 len duk sebuk men bola sepak, Bola tampar n ect, aku sebuk duk masuk hutan tebas pokok, tanam pkok, menolong bapak, xpe la kalu bukan sape lagi, Patut la aku xreti bersukan kah2


First time aku..

khatam Al-Quran, umo 5 tahun..


First time aku..

Aku guna henset n reti menggunakannya, masa nk masuk matric, budak sekolah xleh guna HP, kalu HP abg aku berbunyik before ni aku wat derk je la, da xreti nk angkat, jakun tul


First time aku..

belajar nek moto, form 3..siap masuk semak..kah2, tu pun bljr sediri, xde org ajar pun




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...