Tuesday, August 16, 2011

Mengurangkan berat badan tanpa diet keterlaluan


Sempena bulan ramadan ini, kita berpuasa dan dapat mengawal tabiat pemakanan yang berlebihan. Macamana dengan bulan seterusnya dapatkah kita mengekalkan momentum unutk menolak kepada makanan yang 'high fat'. Oleh itu, marilah makan secara sederhana dan mengurang berat badan tanpa diet yang keterlaluan..


1. Tidur cukup masa.

Tidur pada waktunya dan mencukupi masa dapat mengelakkan anda dari 'snacking' . Anda mungkin dapat menngurang pengambilan kalori sebnayak 6%, keputusan mungkin berbeza mengikut individu. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan selera makan. Pengalaman saya apabila kurang tidur akan meningkatkan selera makan dan mudah lapar.



2. Makan sayur-sayuran

Macam biasa, anda pun tahu iaitu makan sayur. Sediakan tiga hidangan sayur-sayuran berbanding satu hidangan sayur-sayuran mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan. makanan yang lebih pelbagai menyebabkan anda lmakan lebih banyak.


Makan lebih sayur dan buah boleh membantu anda. Ia mempunyai tinggi serat dan banyak air dengan kurang kalori. Sediakan hidangan tanpa lemak tambahan 'added fat' tetapi menambah perasa dengan menggunakan asam limau atau bahan organik berbanding sos yang mempunyai lemak yang tinggi.



3. Mulakan dengan sup.

Sebelum makan makanan yang lain, mulakan dengan sup. Ia mungkin dapat memperlahankan pemakanan anda dan mengurangkan selera. Selain itu anda boleh memasaknya dengan bahan-bahan yang lebih sihat dengan menambah bahan yang menyihatkan, cth sayuran. Walaubagaimana puan elakkan sup yag berkrim keranan mempunyai kandungan lemak yang tinggi.



4. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan.

Gantikan minuman kegemaran anda seperti soda, air bikarbonat dengan air kosong. Tambahkan asam atau madu untuk menambah rasa. Selain itu, kurang kan air kopi, nescafe, tea o ais ect kerana mempunyai kandugan gula yang agak tinggi atau berhenti terus mengambil lebih baik.



5. Makan di rumah.

Makan dirumah sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, mungkin makan malam?. Kita mungkin tidak mempunyai masa kerana ramai yang bekerja. Tetapi dengan memasak kita dapat mengawal bahan yang kita makan dan menambahnya dengan sesuatu yang lebih sihat. Kepada yang tidak tahu memasak. Belajar.



6. 'Chewing gum'

Mamah 'sugarless gum ' dengan perasa yang kuat bila anda berada dalam keadaan yang memungkinkan anda 'snacking'. Biasanya selepas membuat makan makan, tengok TV, melayari internet. Sesetengah dari kita snacking bukan kerana rasa lapar tetapi rasa ingin unutk memamah sesuatu dalam mulut apabila 'boring' dan mengisi masa terluang dan ini mungkin memerangkap anda dalam memakan 'cekedis'.



7. Kecilkan hidangan anda

Bagi yang mungkin tidak tahu masak dan selalu membeli makanan luar, ini mungkin sesuatu yang dapat membantu. semasa mengambil makanan set kan minda unutk makan dengan kuatiti yang sedikit atau mengambil pinggan yang lebih kecik mungkin boleh membantu. Anda juga boleh berkongsi makanan anda dengan orang lain unutk mengecilkan saiz hidangan anda. Selalunya kita cenderung mengambil lebih semasa membeli makanan kerana melihat kepelbagain makanan yang sedap lebih-lebih lagi semasa membeli di Bazar ramadhan.



8. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Sunnah nabi kita tentang pemakanan. Islam lengkap dengan segalanya jika kita mencari dan ingin mengikutnya. Mungkin dalam hidangan kita, kita hanya makan 80% sahaja. Tetapi yang lebihnya mungkin membazir?. kita boleh menyimpan dan memanas kemudian. Atau kita hendaklah tahu keperluan kita, makan sedikit dahulu tidak cukup tambah Tapi jangan sampai kenyang.


9. ' Big fat burger' dan kurangkan daging

Bagi saya, inilah kegemaran saya. Daging kambing dan beger yang berlapis-lapis. Tetapi sekarang sudah kurangkan semua itu. Janganlah elakkan terus makan daging, dari mana anda sumber protein anda? mungkin juga boleh diperoleh dalam sesetengah kekacang atau tumbuhan, tetapi daging sumber yang lebih mudah. Mungkin boleh kurangkan makan daging. Seminggu dua kali mungkin?. Tetapi makanan segera fast food'. Saya sudah tinggalkan, kalu semasa 'study' saya makan seminggu tiga kali, ia tidak sihat dan menggemukkan.



10. Bersenam

Unutk sihat dan mempunyai berat ideal, tidak dapat tidak kita mesti bersenam. Mungkin sesetegah kita tidak mempunyai masa unutk pergi ketaman atau gim. Mungkin kita boleh mecuri sedikit masa dengan mengemas rumah, cabut rumput, bakar daun halaman rumah. Atau mungkin hari minggu boleh pergi ketaman unutk berjalan sambil mengambil angin segar dan meredakan fikiran saban hari bekerja.


Pic--google





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...