Thursday, August 4, 2011

Merokok dan penyakit jantung



Seperti yang kita sedia maklum,merokok membahayakan kesihatan, kerajaan telah membelanjakan banyak duit untuk memberi kesedaran pada masyarakat kita bahaya merokok. Tetapi semakin hari bilangan perokok tetap meningkat bukan sahaja dikalangan lelaki malah juga wanita.

kesan merokok adalah berkait rapat dengan masalah pernafasan dan kanser paru-paru. Tapi adakah anda tahu merokok juga boleh membawa kepada penyakit berkaitan jantung?

Risiko seorang perokok unutk menghidapi penyakit berkaitan jantung atau serangan jantung meningkat dengan bilangan rokok yang dihisap setiap hari.


(A) Macammana merokok boleh menyebabkan penyakit berkaitan jantung?

1. Mengurangkan oksigen kepada jantung.

2. meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

3.meningkatkan kadar penggumpalam darah (clotting).

4. Merosakkan sel yang membentuk lapisan dalam artei koronary dan saluran darah yang lain.


(B) Jika anda berhenti merokok anda akan..

1. Memanjangkan hayat hidup anda

2. mengurangkan risiko penyakit ( penyakit jantung, darah tinggi, kanser paru2, ulcer, kanser esofagus, bronkitis dan banyak lagi

3. Rasa lebih cergas, anda tidak akan batuk berpanjangan, mengurangkan kekerapan sakit anak tekak dan meningkatkan stamina anda.

4. Nampak lebih segar, menurangkan kekedutan diwajah, menghilangkan kesan digigi.

5. Meningkatkan deria bau dan rasa

6. Yang paling jelas ialah anda jimat..huhu

Macamana aku tahu?

aku juga pernah menjadi seorang perokok..berhentilah merokok demi orang yang tersayang



Berikut adalah jenis-jenis racun dalam rokok, lu pikir lah sendiri..

sumber--google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...