Tuesday, September 20, 2011

Cara-cara Mengelak Menjadi Mangsa Ragut


1. Elakkan berjalan seorang diri,jalan secara berkumpulan atau ditemani kawan

2. Elakkan membawa duit tunai secara berlebihan ( lebih dari cukup) dan pamer kepada semua orang ramai

3. Sentiasa berjaga-jaga, semasa berjalan, elakkan dari perkara yang boleh mengalih perhatian anda seperti menaip SMS

4.Semasa berjalan sentiasa letakkan beg tangan anda di bahagian tangan yang jauh dari trafik

5.Elakkan dari memakai terlalu banyak barang kemas

6. Sentiasa berjalan menghadap lalulintas, supaya anda sentiasa berjaga dan menyedari jia seseuatu berlaku terutamanya motosikal yang menghampiri anda

7. Berhati-hati, juka anda meletak dompet anda dibelakang atau anda menggunakan beg yang terbuka.

8. Bawa penyembur pemedih mata unutk melindungi diri

9. Apabila makan direstoren jangan tinggal barang berharga diatas meja, termasuklah beg tangan anda.



Jika Anda menjadi Mangsa Ragut Anda Mestilah :


1. Jangan Melawan, lepaskan untuk elak sebarang kecederaan. Walauapapun yang ada didalam beg anda nyawa anda lagi berharga.

2. Perhatikan penampilan penyamun tersebut, apa sahaja yang anda boleh ingat, nu plate,jenis kenderaan, model, pakaian, warna pakaian, muka dan segera buat laporan polis.

3. Vocal, menjerit sekuat hati anda unutk meminta pertolongan, jangan malu

4. Segera membatalkan semua kad kredit, Atm kad


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...