Sunday, September 11, 2011

Menutup pintu maksiat.




Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: 'setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-Nya". Riwayat al-Tirmizi


Ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah.

Inilah perkara paling utama . jika seorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah, Allah pasti menerima taubatnya. Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada-Nya. Oleh itu, penyakit cinta akan dunia tidak akan terkena kepada mereka yang ikhlas kepada Allah kerana penyakit ini hanya menjangkiti pada mereka hati yang kosong.



Mujahadah

Mengawal nafsu adalah sesuatu yang tidak mudah unutk di jalankan, adalah mudah untuk diperkatakan tetapi amat payah untuk di praktikkan, hanya mereka yang betul-betul ikhlas berjaya. seperti yang selalu di katakan "tiada istilah karpet merah dalah mujahadah melawan nafsu".

Walaubagaimana pun nafsu boleh ditundukkan, Mengawal nafsu bukan bermaksud mengawal sekali dua tetapi adalah berterusan, apabila seseorang bermujahadah melawan nafsu, kebaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.



Banyak mengingati Mati @ akhirat

kurang berangan tentang nikmat dunia sebaliknya banyak mengingati akhirat dan matim, bagaimana nasib diri di hadapan Ilahi pada suatu hari nanti, ini akan memupuk keinsafan dan menambah amalan baik dan sentiasa bertaubat.


Sibuk dengan hal yang bermanfaat.

senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang mengheret kepada gejala-gejala yang tidak sihat.Apabila masa yang terluang terisi dengan hal yang bermanfaat tidak ada ruang unutk berbuat maksiat, iailah masa yang ada dengan bersukan, membaca Al-quran, membaca bahan bacaan yang bermanfaat.



Menjauhi punca kepada maksiat.

Menjauhi punca-punca maksiat iaitu pergi ke pusat hiburan, melayari bahan yang tidak baik dalam internet dan sebagainya, anda sendiri tahu puncanya. sebaliknya isilah masa dengan perkara yang baik cth. sebaliknya daripada melayari internet unutk bahan tidak baik atau lucah, cuba layari tentang kisah teladan, tentang palestin, atau seseuatu yang boleh membawa keinsafan. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh dihalang. InsyAllah.



Menundukkan pandangan.

Dari mata turun ke hati, oleh sebab itu, menundukkan mata amatlah dituntut selain dapat membersihkan hati dan memberi ketenangan. Ini kerana menundukkan mata bermakna menundukkan nafsu syahwat.



Bergaul dengan orang baik.

Seseorang yang baik akan membantu membawa kita kejalan ketaatan kepada Allah. Daia akan menegur dengan berhemah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah dan kita akan lebih cenderung untuk terlibat didalan aktiviti diredhai pelh Allah cth. mendengar ceramah agama.



Banyak berdoa.

sebaik-baiknya kita digalakkan unutk banyak berdoa dan supaya diberi kesempatan untuk taubat nasuha, sentiasa memperbaharui taubat kita. sesungguhnya, menghitung dosa kita supaya kita berasa malu disamping Allah betapa kerdilnya kita disisi Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...