Thursday, September 15, 2011

fakta dan Auta Melawan Rasa Mengantuk Semasa Memandu


Auta: Lebih baik mengantuk dari mabuk semasa memandu.

Kebanyakan dari kita telahpun sedar bahaya memandu semasa mabuk, tetapi kebanyakan dari kita tidak tahu bahaya mengantuk semasa memandu. Didapati bahawa seseorang yang berjaga 18 - 24 jam tanpa tidur adalah sama dengan mabuk semasa memandu bila dibandingkan dari segi kesedaran semasa memandu. Mabuk, mengantuk, Letih membawa kepada ketidakupayaan membuat keputusan baik dan reaksi cepat.



Fakta: kafein membantu menghilangkan rasa mengantuk.

samada dalam bentuk air kopi, minuman ringan kafein sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap kesedaran. walaubagaimanapun perlu dingat, kesan dari kafein mungkin mengambil sedikit masa untuk memberi kesan, anda mungkin patut berehat dulu sebulm ia memberi kesan. Walaubagaimanapun ia tidak membantu unutk menghilangkan rasa letih dan memberi kesan yang sedkit kepada peminum kopi 'tegar'.



'Auta': mengantuk hanya berlaku pada waktu malam.

kemalangan jalan raya akibat terlalu letih biasanya berlaku pada waktu 4-6 am. tetapi kemalangan akibat mengantuk tidak dihadkan pada waktu pagi sahaja. Pada waktu puncak lain iaitu antara 2-4pm, ataupun waktu 'rush hour' iaitu jalan 'jam'.



Auta: Hanya orang berumur yang terlelap semasa memandu.

Lebih dari separuh dari kemalangan akibat keletihan disebabkab oleh pemandu bawah 25 tahun. selain dari itu iailah, lelaki, pekerja shift. pekerja shift malam mempunyai risiko 6 kali kerana mengubah aturan tidur semulajadi dan orang yang memandu pada jarak yang jauh terutama di musim perayaan tanpa perancangan dan mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Auta: 'Air cond membantu anda menghilangkan rasa mengantuk.

Buka 'Air cond' dengan kuat menyebabkan anda rasa sejuk, ini hanya membuat anda rasa lebih mengantuk, cuba anda bayangkan betapa selesa tidur didalam bilik berhawa dingin, hujan. Pasang lagu dengan kuat juga tidak berguna.



Fakta : Teman boleh membantu anda semasa memandu

Untuk perjalanan jauh, lebih baik ada teman unutk menjadi teman berbual dan lebih baik jika dia boleh bergilir memandu dengan anda untuk menghilang rasa letih dan mengantuk. Tetapi kebanyakannya berakhir dengan memandu keseorangan dan yang lain semua tidur.



Fakta: berhenti dan tidur sekejap adalah cara yang terbaik

Cara yang terbaik ialah berhenti sekejap dan rehat unutk menhilangkan rasa mengantuk dan meningkatkan tahap kesedaran. Berhenti, parking di tempat yang selamat, terang unutk mengelakkan menjadi mangsa samun, tentukan jam anda 15-20 min. Tidur yang lama menyebabkab anda berasa pening, mamai dan mengambil masa yang agak lama unutk kembali segar.



Fakta: Sesetengah ubat boleh membuat anda mengantuk

seperti ubat untuk merawat selesema, batuk, alergik. Oleh itu elakkan mengambil ubat-ubatan yang mempunyai amaran mengantuk jika hendak memandu.



Fakta: Tanda-tanda anda mesti berhenti dan berehat

  • Kerap menguap
  • berasa sangat penat
  • anda mempunyai masalah unutk mengangkat kepala anda
  • anda tidak sedar termasuk ke 'lane' yang salah.



Fakta : Anda boleh mengubahnya

Anda boleh mnegubahnya sebelum seseuatu yang buruk berlaku. Jika kawan anda mengantuk tukar giliran mengantuk, berhenti dan berehat jika anda mengantuk, seperti kata orang tua Biar lambat asal selamat.

1 comment:


  1. Info yang menarik. Untuk mencegah mengantuk semasa memandu, kita juga digalakkan untuk mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan merancang masa perjalanan kita agar kita tidak tersekat di kesesakan jalan raya yang membosankan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...